Allahuakbar

عن نفسي @ about me

Foto saya
Tangkak , Ledang, Johor Darul Takzim, Malaysia
ismi nazri,,ana juhuri walakin laisa haqqan...aktakiq bi kitabillaah wasunnah nabawiyyah..wa an 6 min 7 akhwan..darastu fi jameah assultan idris attarbawiyyah bitakhasus lugha arabiyah..wa insyaallah saakun mualim mubajjalan li difaie dual islamiyah wahayati islamiyah...amin

Khamis, 5 Januari 2012

SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN PENDIDIKAN UPSI

Nama Kursus: Bahasa Arab dengan Pendidikan
Kod: AT49

Penawaran program ini bertujuan untuk melatih bakal graduan dengan Pendidikan Bahasa Arab dalam 3 aspek utama iaitu aspek kognitif (teori, kaedah dan teknik), aspek kemahiran (komunikasi, pengajaran dan aplikasi ICT) dan aspek sikap dan nilai. Pengajian ini merangkumi kajian tentang aspek linguistik, kemahiran menulis, kemahiran komunikasi, tatabahasa, morfologi, leksikografi, terjemahan Arab-Melayu, kebudayaan Arab, fonetik dan fonologi, retorik, serta pengkajian tentang al-Quran dan Hadith. Kaedah pengajaran bahasa Arab, sejarah bahasa Arab, kemahiran ICT bahasa Arab dan penyelidikan bahasa Arab turut didedahkan kepada bakal graduan. Program ini mampu melahirkan ahli-ahli Bahasa Arab yang mempunyai jiwa dan kewibawaan seorang pendidik.

8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sastera)

Kerangka Kursus Pengajian

Kursus Universiti
• KURSUS
• Pembangunan Sahsiah
• Kenegaraan
• English for Communication 1
• English for Communication 2
• Wacana Akademik Bahasa Melayu
• Kokurikulum
• Pengayaan Diri

Kursus Profesional Pendidikan
• KURSUS
• Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar
• Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
• Pengurusan Pembelajaran
• Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1
• Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2
• Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Latihan Mengajar
• KURSUS
• Latihan Mengajar

KURSUS
Linguistik Am Arab
Maharat al-Kitabah
Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah
Al-Sarf al-‘Arabi
Al-Madkhal ila al-Nahw al-‘Arabi
Al-Nahw al-‘Arabi al-Wasit
Kebudayaan dan Kesusasteraan Arab
Al-Balaghah
Aplikasi Terjemahan Arab-Melayu
Fonetik dan Fonologi Arab
Al-Sarf al-‘Arabi al-Mutaqaddim
Prinsip Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing
al-Nahw al-‘Arabi al-Mutaqaddim
Leksikografi Arab
Balaghah Al-Qur’an dan Al-Hadith
Kitabah al-Bahsi al-Ilmi
Asas Terjemahan: Teori dan Amali
Kesusasteraan dalam Kebudayaan Islam
Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus
Kajian Antara Budaya Arab-Melayu-Islam
Adab al-Rihlah
Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer
Manahijul Bahsi
Bahasa Arab untuk Pengajian Islam
Syarat Kemasukan:

LEPASAN STPM / STAM / DIPLOMA

Mendapat sekurang-kurangnya gred B (NGMP 3.00) dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat STPM:

Syariah; dan
Usuluddin
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Bahasa Arab pada peringkat SPM;

atau
Mendapat sekurang-kurangnya tahap ‘Jayyid’ dalam dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat STAM:

Insya’ dan Mutala’ah, dan
Nahu dan Sarf;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi pada peringkat SPM;

atau
Memiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam / Dakwah / Syariah / Usuluddin / Al-Quran dan Al-Sunnah / Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Tasawwur Islam / Bahasa Arab atau bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.50;

dan
Lulus ujian MEdSI dan Temu duga yang ditetapkan

Maklumat Lanjut:

Fakulti Bahasa dan komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak, Malaysia.
Tel : +605-450 5347/5349/5350
Faks: +605-4583603
Laman web: http://fbk.upsi.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan